Ini tempatku juga

Detik saat minit jam hari ini, tiada kata yang boleh aku gambarkan-bahagia. Kiri kanan depan belakang atas bawah; semua aku redah, sedar akan semua lelah tetapi masih belum mahu mengalah.

Sepuluh jari aku bilang,
Dua hilang dua datang,
Yang aku gelar sahabat,
Sembang ja lebat,
Sakit...tapi mereka tahu aku masih kuat,
Sepuluh jari lagi aku bilang semula,
Enam tentu setia, 
Mendengar teriak setiap ketika,
Perhatian setiap masa tanpa leka, ya itu baru setia!
Hanya tinggal empat untuk dimanfaat; satu cinta-tiga warna. 
Sepuluh jari aku genggam,
Aku pegang erat,
Sepuluh jari inilah 'mereka',
Yang sudah pasti memberi bahagia.

Menulis bukan untuk mengampu, ini yang tersirat dikalbu, terpulang la kalau nak kata ini merapu. :p

No comments:

Post a Comment