For once

Ada hari aku disini, mungkin hanya untuk luahan yang dihati.

Aku ini bukan sempurna untuk harapkan yang sempurna. Yang tidak sempurna inilah yang cuba untuk jadikan yang lain sempurna. Aku ini bukan sentiasa bahagia. Belum pernah pun punya rasa bahagia seperti mereka. Aku belum layak, belum masanya.

Yang kau mahu, aku terus kayuh. Aku kayuh terlalu laju. Bila aku sampai di destinasi, mengapa aku diberhentikan? Serta merta diberhentikan. Dengan tekanan, dengan cara kau menekan. Aku cuba tahan, tapi aku ini hanya dahan, aku rapuh tidak kukuh.

Suara itu melalak setiap pagi, keduanya sekali. Sering, sabar aku dicabar. Saat mata inginkan erat rapat kedua kelopak, saat telinga ingin alunan tenangnya pagi, saat jasad selesa dengan pelukan, saat semuanya indah, ya indah! Saat itu dan saat ini, terimalah erti saat, ya aku rasakan itu semua hanya sesaat. Aku terasa jauh lebih teruk, lebih bawah dari tapak kaki, lebih hina buruk dari tapak kasut-bila aku sedar aku tak mampu leraikan apa pun. Aku hilang diri aku sendiri, bila ini melintasi ruang selesa ini.

Jadi tolong aku mohon, berhenti menyuruh mengarah menekan apa yang tidak aku mahukan, dua yang tidak sefahaman. Cukuplah sekadar ini. Yang kau mahu, aku ikut, aku iyakan konon dengan syukur, aku akur. Walau terpaksa lepas semua impian anganku. Cukuplah, berhentilah, ini bukan apa yang aku mahu.

Cukuplah..
Berhentilah..
Sekali sahaja aku mahu lihat,
Berbaiklah...

No comments:

Post a Comment