Qaisara Melissa


Yang ni-
Nama dikurnia Qaisara Melissa,
Mudahnya 'Sara' sahaja ya.

Baring,
Susu,
Tidur,
Jaga,
Dan diulang terusan.

Ruang legar fikiran aku,
Tak dapat aku hentikan lalu lintas persoalan,
Lalu dimuntahkan-simpulkan semua,
Dia bukan seperti kita.

Yang seperti dia-
Aku kira lebih perlunya,
Pelukmanja,
Gelaktawa,
Perhatian umumnya.

"Sara, nanti cikgu dah tak mengajar kat sini, jangan lupa cikgu ya".
Hari-hari dibisikkan ke halwa telinganya, hari-hari dia mendengar tanpa jemu, dan terus dia ukir senyuman tanpa malu. Betapa aku tagih untuk dia mengerti.

Andai mampu aku ekspressi segala erti dirinya,
Berbanding diri yang sempurna segalanya,
Dia sudah berikan aku segala bahagia,
Walau sementara, aku mahu alihkan segala dukanya.

Tuhan itu adil,
Cukupkan apa yang tidak,
Beri apa yang tiada,
Sempurnakan apa yang tidak.

Yang sempurna mengharap pada yang istimewa, yang istimewa inilah yang cuba membuat yang lain rasa sempurna. Your imperfections make me perfect. Thank you Sara. ♥

No comments:

Post a Comment